Saturday 31 October 2015

Majlis Khatam Al-Quran 2015

Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah tahun 2015 telah berlangsung pada 20 Oktober 2015 dengan diwakili oleh 41 orang peserta khatam murid  tahap 2 Sk. Kuala Krai (S3K). Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar S3K, En Mohd Azli Syam b. Othman. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Khatam Al-Quran pada tahun ini.




 Persembahan nasyid murid perempuan

 Persembahan nasyid murid lelaki



 Pertandingan pulut tercantik

 Tempat Pertama "pulut cantik"



Pembahagian hadiah kepada pemenang "pulut cantik"

Program Pengenalpastian Bakat (MYTID)

Sebagai salah satu sekolah rintis untuk Program Pembangunan Bakat Sukan Akar Umbi (MyTID), Sk Kuala Krai tampil memulakan program MyTID kepada murid darjah 1 pada  12 Oktober 2015. MyTID merupakan pencarian bakat di peringkat akar umbi (grassroots) iaitu di kalangan murid Tahun 1 untuk melahirkan satu kelompok atlet muda.

             Bateri Ujian:

1) Antropometrik - Pengukuran ketinggian
                           - Pengukuran berat badan

2) Kelenturan     - Jangkauan melunjur

3) Kelajuan        - 20m lari pecut

4) Kuasa            - Lompat jauh berdiri

5) Koordinasi     - Baling dan tangkap














Hari Sukan Negara

Hari Sukan Negara, buat julung kali dianjurkan secara besar-besaran seluruh negara pada  Tarikh: 10 Oktober 2015. Sk Kuala Krai (S3K) juga tidak ketinggalan dengan menyahut cabaran kerajaan dalam melahirkan sebuah negara bersukan.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sejak awal pagi. Bermula dengan senamrobik bersama Sk. Sultan Yahya Petra 1, acara diteruskan dengan berjalan kaki beramai-ramai dan aktiviti dalam Dewan Sri Budiman SK. Kuala Krai.

Tahniah buat semua warga S3K..."GAYA HIDUP SIHAT"...




Jom bersenam

Mari berjalan...gaya hidup sihat...