Sunday 28 February 2016

Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil Sekolah

Program Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil Sekolah merupakan acara tahunan sekolah yang diadakan sebagai makluman kepada semua pengawas agar menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Majlis ini telah diadakan pada:


Tarikh : 24 Febuari 2016 (Rabu)
Tempat : Dewan Sri Budiman, Sk. Kuala Krai


Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil SK Kuala Krai ini telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Ketenteraan Awam, ASP Wan Azizi b. Wan Ahmad.





Gimik Pelancaran oleh ASP Wan Azizi Wan Ahmad




 






Ikrar Pemimpin Muda





Pertandingan Bola Baling

Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah (MSSK) Peringkat Negeri telah diadakan pada:

Tarikh : 20-22 Febuari 2016
Tempat : Padang SMK Ibrahim 2, Pasir Mas

Seramai 12 orang pelajar lelaki telah dipilih untuk menyarung jersi pasukan bola baling kejohanan Bola Baling MSSK peringkat negeri kelantan. Dalam Kejohanan ini , pada peringkat awal permainan skuad pemain lelaki Daerah Kuala Krai  telah berjaya menewaskan pihak lawan iaitu pasukan KB Selatan dengan mata 7-1, Pasir putih 5-3 dan Tumpat 7-2. Pasukan Sekolah juga telah mendapat mata seri dengan Pasukan Pasir Mas 3-3, manakala menang sengit mengalahkan skuad Gua Musang dengan mata 2-1. Akhirnya skuad lelaki terpaksa berpuas hati di peringkat separuh akhir setelah dikalahkan oleh Skuad Tanah merah dengan mata 2-5.

Bagaimanapun tahniah kepada kontijen skuad bola baling sekolah atas komitmen yang dicurahkan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru StripleK khususnya dan semua pemain yang terlibat dengan kejohanan ini. Semoga skuad bola baling lelaki akan mencipta kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.



Monday 22 February 2016

Hari Penetapan Target murid Tahun 6

Hari Penetapan Target dan Akujanji Murid tahun 6 telah diadakan pada:

Tarikh : 17 januari 2016 (Rabu)
Tempat : Dewn Sri Budiman, Sk. Kuala Krai

 Majlis anjuran Persatuan Ibubapa dan Guru PIBG Sk. Kuala Krai (StripleK) ini dimulakan dengan ucapan Pn. Rohaya bt. Madon, Penolong Kanan Pentadbiran yang  mewakili guru besar, En. Azli Syam b. Osman dan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Seramai 76 orang calon UPSR 2016 telah membaca ikrar dan menandatangani surat akujanji tersebut dan disaksikan oleh guru-guru dan ibubapa murid terlibat.


Ucapan Perasmian oleh Penolong kanan Pentadbiran, Pn. Rohaya bt. Madon

Ucapan Ustaz Ahmad Hamzah, Unit kaunseling dan Bimbingan
  
 Ucapan Pengerusi PIBG StripleK

 



 Ketibaan dan Pendaftaran Ibubapa Murid tahun 6






Sunday 21 February 2016

Majlis Pelancaran TB3

TB3 merupakan akronim kepada Tidak Boleh Bising, Tidak Boleh Berlari dan Tidak Boleh Buang Sampah. Program ini adalah ilham daripada Tuan Guru Besar, En Azli Syam b. Osman dan mula diperkenalkan di SK Kuala Krai (StripleK) pertengahan tahun 2015. 

Melalui pelancaran program TB3 yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar pada 17 Januari 2016 ini adalah menjadi harapan sekolah agar masalah disiplin terutamanya 3 perkara ini dapat diatasi dari semasa ke semasa. Ianya akan dijadikan amalan dan akan terus dipraktikkan oleh murid bermula dari pra sekolah sehinggalah ke murid tahun 6 dan semua warga StripleK. 

"Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana...."

Mulakan hari ini !!!! StripleK Boleh !!!