Tuesday 26 July 2016

Majlis Persaraan Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Rohaya bt. Madon

Tanggal 25 Julai 2016 (Isnin) merupakan hari bersejarah dan dukacita bagi warga SK Kuala Krai (STripleK) kerana terpaksa kehilangan seorang permata, iaitu Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Rohaya bt. Madon yang telah bersara kerana umur genap 58 tahun dan bersara wajib dari jawatan di perkhidmatan awam. Beliau merupakan seorang pentadbir yang mesra, mudah dibawa berbincang dan penuh kasih sayang serta penuh rasa empati.  

Majlis Persaraan telah diadakan dengan penuh tanda hormat bagi membalas jasa dan memberi kenangan yang amat bermakna bagi Pn. Hjh Rohaya khususnya dan semua warga STripleK amnya.



Perarakan mengelilingi sekolah 

                                      Ketibaan yang diraikan Pn. Hjh Rohaya bt. Madon 


Ucapan Untuk yang diraikan


Acara memotong pulut

Kenangan bersama sahabat-sahabat dan semua warga STripleK

 Persaraan yang akan dikenang hingga ke akhir hayat...Jasamu dikenang ....