Thursday 31 March 2016

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 45

Bermula jam 1.45 petang, ibu bapa / penjaga hadir membuat pendaftaran sebelum memenuhi dewan Sri Budiman, Sk Kuala Krai. Mesyuarat Agung PIBG kali ke 45yang telah diadakan pada:

Tarikh  : 31 Mac 2016 (Khamis)
Tempat : Dewan Sri Budiman, Sk. Kuala  Krai

Mesyarat Agung PIBG Sk. Kuala Krai (StripleK) telah dirasmikan oleh YB. Dato' Ramzi B. Ab. Rahman, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai.



 Ketibaan dan Pendaftaran ibubapa

Kaunter Penyerahan Kupon Cabutan bertuah dan hadiah Bonanza

 Hadiah Bonanza berupa Telefon Pintar Samsung Galaxy S6 










 Ketibaan YB. Dato' Romzi b. Ab. Rahman disambut dengan boxing Siam oleh
 2 orang murid tahun 4 beta

 Ucapan Yg. Berusaha Tuan Guru Besar, en. Azli Syam b. Osman



Ucapan Perasmian oleh YB. Dato' Romzi b. Ab. Rahman, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai
Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Murid Tahun 6 Alfa

 Barisan tetamu yang hadir

Barisan Ibubapa yang membanjiri Dewan Sri Budiman



Pembahagian hadiah kepada murid cemerlang UPSR 2015

Cabutan Bertuah dan hadiah Bonanza

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Sk. Kuala Krai kali ke 45 .


Bantuan Persekolahan RM100

Bagi meringankan tanggungan ibubapa bayaran RM 100 untuk perbelanjaan persekolahan telah dilaksanakan oleh pihak sekolah pada:

Tarikh : 23 Mac 2016 (Rabu)
Tempat : Dewan Sri Budiman Sk. Kuala Krai

Untuk tahun 2016 hanya murid yang layak sahaja telah diberikan RM100 mengikut syarat yang telah ditentukan oleh kerajaan dalam Budget 2016.














Lawatan Muhibbah PIBG bersama Unit kaunseling

Program lawatn muhibbah PIBG bersama Unit Kaunseling telah diadakan pada tarikh seperti tersebut:

Tarikh : 2 Mac 2016 (Khamis)
Sasaran: 5 orang Murid miskin
Tempat : Kg Tualang, Kg Bekok, Kg jirat dan Guchil
Penganjur : Persatuan Ibubapa dan Guru dengan Kerjasama Unit PIBG Sekolah

Lawatan tersebut telah dianggotai oleh 4 Orang AJK termasuk yang Dipertua PIBG SK Kuala Krai dan seorang Guru Kaunseling.
 




Wednesday 2 March 2016

Majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah 2016


Program 'NILAM' atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan gabungan semua aktiviti galakan membaca bermatlamat untuk membina tabiat membaca dikalangan murid SK Kuala Krai (StripleK). Majlis Pelancaran program NILAM StripleK telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, En. Azli Syam b. Osman. Gimik pelancaran diadakan dengan melengkapkan puzzle "JOM BACA BUKU" sebagai simbolik permulaan pelaksanaan program NILAM bagi tahun 2016.

Tarikh : 2 Mac 2016 (Rabu)
Tempat : Dewan Sri Budiman, Sk. Kuala Krai 

Tahniah diucapkan kepada pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) atas kesungguhan dalam menjayakan program NILAM.Pihak sekolah berharap agar semua aktviti yang dirancang sempena program tersebut akan berjalan dengan lancar.



 Ucapan Perasmian oleh Tuan Guru Besar, En Azli Syam b. Osman




 Gimik Pelancaran Program NILAM



Nyanyian Lagu Membaca


  


Anugerah murid NILAM

Persembahan murid tahun 5

Tahniah kepada pembaca NILAM terbaik Januari 2016