Sejarah


SEJARAH AWAL PENUBUHAN SEKOLAH


Tahun 1914

Sk. Kuala Krai atau sinonim dengan panggilan StripleK telah ditubuhkan pada tahun 1914 atas galakan seorang Pegawai Daerah yang bernama T.S. Adam. Pada masa itu SK Kuala Krai menumpang di Pejabat Pegawai Daerah dan mempunyai 2 orang guru serta lebih kurang 15 orang murid sahaja.

Tahun 1992

Sebuah bangunan baru yang berdindingkan buluh dan beratapkan nipah telah dibina. Ia terletak di antara mahkamah dan pejabat Mergastua. Malangnya pada tahun 1924, bangunan ini telah dijilat api dalam satu kebakaran. Oleh itu sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan baru iaitu di Sekolah Rendah Sultan Yahya Petra 1 (sekarang).

Tahun 1030-an

Bangunan Sekolah panjang telah dibina yang terletak di atas bukit untuk mengelakkan banjir. Struktur bangunan ini dibuat daripada nipah sebagai atapnya dan buluh sebagai dinding. Tapak bangunan ini asalnya ialah Kelantan Planters Assosiation (KPA) yang telah diambil alih untuk dijadikan bangunan ini.


Tahun 1965

Sebuah bangunan sekolah yang baru telah didirikan yang mana ianya adalah bangunan yang ada sekarang merupakan sebuah bangunan batu 2 tingkat (10 bilik darjah). ia telah dirasmikan oleh Yang Berhormat En. Mohd Khir Johari pada 23 MEI 1974. Beliau merupakan Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu. satu upacara bersejarah telah diadakan dan dirasmikan oleh YM Tengku Sriwa Raja sempena Jubli Intan Sekolah Kebangsaan Kuala Krai (1914-1974)


Tahun 1975

Tanggal 30 Mei 1975 sebuah bangunan yang dijadikan perpustakaan sekolah telah dibina dan pembukaannnya telah dirasmikan oleh YM Tengku Sriwa Raja.

Tahun 1990

Sebuah bangunan (4 bilik Darjah) telah dibina.

Tahun 1991

Sebuah lagi bangunan telah dibina dan dijadikan bangunan untuk menempatkan murid-murid Pra sekolah.

Tahun 1992

Sebuah bangunan kantin yang baru telah didirikan.

Tahun 1993

Striplek telah mendapat sebuah lagi bangunan tambahan.


DETIK BERSEJARAH - MEMORI WARGA STRIPLEK



Penghujung 2014 merupakan detik bersejarah bagi warga StripleK. Banjir kuning yang melanda Bandar Kuala Krai bermula pada 24 Disember 2014 menjadi titik hitam yang membuatkan warga StipleK menjadi semakin tabah. Semangat setia kawan menjadikan ukhuwwah semakin erat.




26 Disember 2014 -

Misi menyelamat diketuai oleh Cg Aminah, disertai oleh cg Abdullah, Cg Fazliza dan beberapa orang guru serta kakitangan pentadbiran.




6 januari 2015 -

Gotong-royong dan keadaan sekolah selepas banjir



8 Januari 2015 -

Persediaan Terakhir sebelum memulakan sesi persekolahan 2015.




Terkini - Januari 2016


Sekolah Kebangsaan Kuala Krai kini tampil dengan 43 orang guru dan







SEJARAH RINGKAS SK KUALA KRAI


No comments:

Post a Comment