Wednesday 27 April 2016

Majlis Pelancaran Frog Vle dan Laman Blog Sekolah

Majlis Pelancaran Frog VLE dan blog sekolah pada tahun 2016 telah diadakan pada :

Tarikh : 25 April 2016 (Ahad)
Tempat: Tapak Perhimpunan Sk Kuala Krai

Frog VLE mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama YTL Communications menerusi projek 1Bestarinet sejak awal tahun lalu. Dengan itu, Sk Kuala Krai atau Striplek adalah salah satu daripada 10,000 Sekolah Rendah dan Menengah yang ada di negara ini yang mengguna pakai aplikasi Frog VLE. Melalui sistem ini, kaedah pengajaran bukan sahaja menjadi mudah dan pantas malah lebih interaktif. Melalui satu pangkalan data, semua bahan pengajaran boleh diakses dan membolehkan guru dan murid berkongsi maklumat yang sama.

Penggunaan Frog VLE membenarkan pelajar dan guru menghasilkan dan mengakses sebuah tapak pembelajaran secara dalam talian dan membinanya menjadi sebuah laman yang menarik tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Hampir semua maklumat di internet seperti video, gambar, sumber pendidikan dapat diakses dengan selamat dan telah ditapis.

Seiring dengan pembelajaran secara maya Frog VLE atau penggunaan internet berkelajuan tinggi, Sk kuala Krai kini tampil menghasilkan laman blog sekolah yang dikenali sebagai striplek15.blogspot.my. Terhasilnya laman blog sekolah adalah hasil cetusan idea Tuan Guru Besar dalam mesyuarat akhir tahun 2015 di Bukit Kluang Beach Resort, Kuala Terengganu. Melalui laman blog sekolah, dapat memberikan info berkaitan aktiviti sekolah, aktiviti Frog VLE, aktiviti PIBG dan program-program sekolah dan lain-lain. 












Anugerah Murid Champion Frog VLE






Anugerah Guru menggunakan Frog VLE




Demonstrasi Menggunakan Frog VLE

Saturday 9 April 2016

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia yang mula dilaksanakan bermula tahun 2012 dengan tema Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia. Justeru, kesinambunganya dari itu pada tahun 2016 ini, Program KM1M bagi Sk. Kuala Krai (StripleK) telah diadakan pada 6 April 2016 (Rabu).  Program KM1M mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua warga StripleK. Di antara program yang diadakan adalah pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan menulis Sinopsis serta tulisan paling kreatif.





 



  Di antara penerima hadiah kategori murid



  Pemenang Kategori Guru Kreatif


Monday 4 April 2016

TAKLIMAT FROG VLE SIRI 1 2016

TAHUN 1 BETA

MASA: 7.45-9.15 PAGI
TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER SK KUALA KRAI
FASILITATOR: AHMAD BIN YUSOFF
                           WAN NOR ASMIRA BT WAN ISMAIL
                           WAN NOR AIDAH BT WAN ABD FATAH
                           FARAZILLA BT ZALUDIN

PROGARM DIJALANKAN UNTUK MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA MURID YANG BELUM LAGI MENGENALI FROG VLE, LEBIH-LEBIH LAGI MURID TAHUN 1.
MURID DIDEDAHKAN CARA ASAS UNTUK LOGIN FROG VLE DENGAN MENGGUNAKAN YES ID. MURID JUGA DIBERI PENDEDAHAN BAGAIMANA MENYIAPKAN TUGASAN DENGAN MENGGUNAKAN KAHOOT.

GAMBAR PROGRAM