Hari Keluarga Sk Kuala Krai (S3K) merupakan salah satu aktiviti rasmi warga S3K bagi mengeratkan
silaturrahim dan hubungan kekeluargaan antara semua guru dan kakitangan S3K. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam
pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individual,
dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Melalui aktiviti seperti ini secara tidak langsung akan memberi peluang mengenali ahli-ahli keluarga S3K. Sambutan Hari
Keluarga yang diadakan ini berjalan lancar dan berjaya mencapai objektifnya.
Tarikh : 23 - 24 Oktober 2015
Tempat: Putra Valley, Tanah Merah