Tuesday, 26 July 2016

Majlis Persaraan Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Rohaya bt. Madon

Tanggal 25 Julai 2016 (Isnin) merupakan hari bersejarah dan dukacita bagi warga SK Kuala Krai (STripleK) kerana terpaksa kehilangan seorang permata, iaitu Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Rohaya bt. Madon yang telah bersara kerana umur genap 58 tahun dan bersara wajib dari jawatan di perkhidmatan awam. Beliau merupakan seorang pentadbir yang mesra, mudah dibawa berbincang dan penuh kasih sayang serta penuh rasa empati.  

Majlis Persaraan telah diadakan dengan penuh tanda hormat bagi membalas jasa dan memberi kenangan yang amat bermakna bagi Pn. Hjh Rohaya khususnya dan semua warga STripleK amnya.



Perarakan mengelilingi sekolah 

                                      Ketibaan yang diraikan Pn. Hjh Rohaya bt. Madon 


Ucapan Untuk yang diraikan


Acara memotong pulut

Kenangan bersama sahabat-sahabat dan semua warga STripleK

 Persaraan yang akan dikenang hingga ke akhir hayat...Jasamu dikenang ....





Tuesday, 17 May 2016

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH


SAMBUTAN HARI GURU MERUPAKAN PROGRAM TAHUNAN YANG BERTUJUAN MERAIKAN GURU-GURU YANG BANYAK BERJASA DALAM BIDANG PENDIDIKAN. HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH TELAH DISAMBUT PADA 16 MEI 2016 IAITU PADA HARI ISNIN. PELBAGAI ACARA TELAH DIATUR DAN DIJALANKAN UNTUK MEMERIAHKAN LAGI SAMBUTAN PADA TAHUN INI.

PIHAK PENGANJUR TELAH MEMILIH TEMA "KEMBALI KE SEKOLAH". SEMUA GURU DIWAJIBKAN MEMAKAI UNIFORM SEKOLAH.

PELBAGAI RAGAM DAN KERENAH DAPAT DISAKSIKAN APABILA  GURU MELAKUKAN PELBAGAI AKTIVITI DAN PERMAINAN YANG BERUNSURKAN MURID SEKOLAH. SEMOGA AKTIVITI YANG DIJALANKAN MEMBERIKAN ERTI YANG DISIGNIFIKASIKAN DALAM CATATAN DAIRI KEHIDUPAN SEORANG GURU.

DI ANTARA GAMBAR KENANGAN YANG DAPAT DI PAPARKAN....





















Wednesday, 27 April 2016

Majlis Pelancaran Frog Vle dan Laman Blog Sekolah

Majlis Pelancaran Frog VLE dan blog sekolah pada tahun 2016 telah diadakan pada :

Tarikh : 25 April 2016 (Ahad)
Tempat: Tapak Perhimpunan Sk Kuala Krai

Frog VLE mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama YTL Communications menerusi projek 1Bestarinet sejak awal tahun lalu. Dengan itu, Sk Kuala Krai atau Striplek adalah salah satu daripada 10,000 Sekolah Rendah dan Menengah yang ada di negara ini yang mengguna pakai aplikasi Frog VLE. Melalui sistem ini, kaedah pengajaran bukan sahaja menjadi mudah dan pantas malah lebih interaktif. Melalui satu pangkalan data, semua bahan pengajaran boleh diakses dan membolehkan guru dan murid berkongsi maklumat yang sama.

Penggunaan Frog VLE membenarkan pelajar dan guru menghasilkan dan mengakses sebuah tapak pembelajaran secara dalam talian dan membinanya menjadi sebuah laman yang menarik tanpa memerlukan sebarang kepakaran teknikal. Hampir semua maklumat di internet seperti video, gambar, sumber pendidikan dapat diakses dengan selamat dan telah ditapis.

Seiring dengan pembelajaran secara maya Frog VLE atau penggunaan internet berkelajuan tinggi, Sk kuala Krai kini tampil menghasilkan laman blog sekolah yang dikenali sebagai striplek15.blogspot.my. Terhasilnya laman blog sekolah adalah hasil cetusan idea Tuan Guru Besar dalam mesyuarat akhir tahun 2015 di Bukit Kluang Beach Resort, Kuala Terengganu. Melalui laman blog sekolah, dapat memberikan info berkaitan aktiviti sekolah, aktiviti Frog VLE, aktiviti PIBG dan program-program sekolah dan lain-lain. 












Anugerah Murid Champion Frog VLE






Anugerah Guru menggunakan Frog VLE




Demonstrasi Menggunakan Frog VLE

Saturday, 9 April 2016

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia yang mula dilaksanakan bermula tahun 2012 dengan tema Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia. Justeru, kesinambunganya dari itu pada tahun 2016 ini, Program KM1M bagi Sk. Kuala Krai (StripleK) telah diadakan pada 6 April 2016 (Rabu).  Program KM1M mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua warga StripleK. Di antara program yang diadakan adalah pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan menulis Sinopsis serta tulisan paling kreatif.





 



  Di antara penerima hadiah kategori murid



  Pemenang Kategori Guru Kreatif